Kenapa Perlu Ada Takaful
Pada masa ini perlindungan insuran dan takaful telah menjadi satu
keperluan dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya menghadapi
musibah seperti sakit, kemalangan, kematian, lumpuh dan sebagainya. Sebagai
contoh sekiranya kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar
kita terpaksa menggunakan perkhidmatan insuran dan takaful untuk membayar kos
pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang
termasuk dalam senarai yang dilindungi pihak insuran dan takaful, pihak ini
akan membiayai kos perubatan tersebut. Dan sebaliknya sekiranya kita tidak
dilindungi oleh insuran dan takaful maka kita terpaksa membayar dengan wang
saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta
ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.
Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman rakan saya
sebelum dan selepas memiliki perlindungan takaful untuk anak beliau. Pada tahun
2012 sebelum beliau membeli perlindungan takaful untuk anak beliau, anak beliau
telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada
masa tersebut beliau belum mengetahui yang anak beliau dijangkiti penyakit
tersebut. Beliau ingatkan ianya hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik
swasta dan hospital. Walaubagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik
dan hospital beliau mendapati tahap kesihatan anak beliau semakin merosot. Dia
tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati anak
beliau semakin sakit beliau mengambil keputusan untuk merujuk anak beliau ke
Pusat Perubatan Pakar. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya
anak beliau dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit, demi
kesihatan anak beliau, beliau sanggup berkorban apa sahaja.
Setelah diperiksa oleh pakar, barulah beliau dimaklumkan
bahawa anak beliau dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah
dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak beliau ditahan di
wad untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat
tersebut beliau terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM4,500.
Beliau amat tertekan pada waktu itu kerana kos perubatan tersebut mengakibatkan
tekanan kepada kewangan belaiu. Di situlah beliau berfikir jika anak beliau
dilindungi oleh takaful, kos tersebut mungkin beliau tidak perlu bayar.
Setelah berfikir untuk masa depan keluarga serta anak-anak
beliau, beliau mengambil keputusan untuk membeli perlindungan takaful untuk
anak-anak beliau. Pakej yang beliau ambil adalah termasuk perubatan dan
simpanan. Di samping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke
hospital akibat penyakit beliau juga dapat menabung untuk masa depan mereka.
Setelah hampir 2 tahun membeli perlindungan tersebut anak
beliau sekali lagi dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar akibat jangkitan kuman
di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah
dimasukkan ke dalam hospital tersebut selama 3 hari beliau dikenakan bayaran sebanyak
RM3,000. Setelah merujuk kepada penasihat takaful beliau, beliau hanya perlu
membayar sebanyak RM60 sahaja sebagai kos yang tidak ditanggung. Dengan itu,
masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk untuk anak beliau dapat
dipindahkan kepada syarikat takaful. Beliau berasa perlindungan takaful yang
beliau ambil amat membantu menyelesaikan mesalah kewangan beliau dan beliau
amat berharap agar rakan-rakan lain dapat mengambil iktibar daripada kisah
beliau ini untuk perlindungan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang
akan datang.
Kepada rakan-rakan yang membaca kisah ini diharap dapat
mengambil pengajaran daripada kisah yang berlaku kerana sekiranya musibah ingin
berlaku ianya tidak akan menunggu adakah kita sudah bersedia ataupun tidak.
Jangan berlengah lagi. Hubungi segera Penasihat Takaful di sini sebelum sesuatu
musibah berlaku kepada anda.
Antara kepentingan takaful dalam kehidupan:
1.
Memberi ketenangan sekiranya anda dan keluarga
ditimpa musibah
2.
Sebagai satu cara dan kaedah melindungi kewangan
dan pendapatan anda.
3.
Memastikan keluarga anda dapat menjalankan
kehidupan seperti biasa walaupun ditimpa musibah.
4.
Mengelakkan anda, isteri dan anak –anak daripada
meminta-minta sekiranya ditimpa musibah.
5.
Memastikan ekonomi tidak terjejas dll.
Mengapa perlu memilih Etiqa Takaful?
1.
Syarikat
ditubuhkan di Malaysia. Syarikat tempatan dan Ahli Kumpulan Maybank. Ini
bermakna segala simpanan dan pelaburan anda dapat membantu meningkatkan ekonomi
masyarakat dan negara.
“ Kami tahu apa yang terbaik untuk
anda kerana kami dilahirkan di sini”.
2.
Syarikat sangat kukuh. Ahli Kumpulan Maybank
(Bank terbesar di Malaysia).
3.
Syarikat takaful terbesar di Malaysia.
4.
Simpanan dan pelaburan anda mengikut syariah.
Pemantaun oleh Panel Syariah Etiqa
Takaful.
5.
Kami adalah Penasihat Takaful (ejen) sepenuh
masa. Kami memberikan produk dan perkhidmatan takaful terbaik untuk anda tidak
mengira waktu.
Post a Comment